Banyak blog-blog yang bercerita tentang kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh Pak Lah semalam, ada yang menyuarakan perasaan tidak puas hati, dan ada juga yang memaki hamum Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinetnya, namun dalam semua itu saya amat tersentuh
tentang salah satu komen yang tersiar dalam blog bekas perdana menteri ( Tun Dr Mahathir ).
Apa yang menyentuh persaan saya bagaimana seorang pembaca blog dan juga mungkin seorang blogger yang menyatakan bahawa beliau terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang begitu besar untuk menampung kesan kenaikan minyak yang berlaku sekarang. Di mana isteri beliau terpaksa menagmbil keputusan untuk menamatkan pengajiannya dan berkemungkinan berpindah untuk megurangkan sedikit bebanan hidup yang di tanggung.
Berikut adalah comment beliau:
saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.Inikah dikatakan kerajaan yang prihatian terhadap nasib rakyat
isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....
Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...
Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik....
Bacaan Lanjut
